Assalamualaikum buat pembaca yang dihormati. Didoakan kita semua sentiasa dalam lindunganNYA dan diberkati selalu hendaknya.
Alhamdulillah, hari ini kita masih diberikan peluang untuk menghirup udara segar dan semoga COVID 19 terus menghindar. Pelik juga bila ada insan insan yang semacam kebal menidakkan bahaya impak coronavirus ni. Begitulah manusia yang pelbagai ragamnya. Berbicara mengalahkan ulamak besaer. Allahu Akbar, ilmu yang ada walaupun bertujuan untuk berdakwah, biarlah kena pada rentaknya.
Begitulah ragamnya manusia, kan?
Hari ini kita sambung lagi cerita pasal manusia kebal. Wanita kebal 😄
Baiklah, kali ni kita sambung perihal sahabat saya. Wanita hebat bakal penghuni syurga. Sesungguhnya jauh di sudut hati ini, amat cemburu dengan percaturan Allah untuknya. Indah. Teramat indah. Bertepatanlah dengan Sabar itu susah di awalnya, sakit di tengahnya dan manis di akhirnya.
Melihatkan senyuman beliau yang sentiasa terukir meskipun sebal di hati tetap terpalit di riak wajahnya, saya yakin beliau amat kuat. Apabila ditanya, bagaimanakah kau sekuat ini ya sahabat?
Jawabnya mudah, percayalah kerana Allah swt yang berkehendakkan sedemikian.
Mashaa Allah, betapa indah sandarannya pada takdir Allah. Sebaik tamat ayat, senyum sentiasa diukir.
QS An Nisa : 34
Wanita diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok, sebab itu Allah menciptakan lelaki untuk menjaga dan melindunginya, Allah memerintahkan lelaki untuk memuliakan istrinya dengan cara kasih sayang dan kesabaran. “Suami itu pelindung bagi wanita (istri) karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki laki) di atas sebagian yang lain (wanita)”.
Satu yang saya pelajari daripada sang sahabat adalah kuatnya beliau mempercayai takdir Allah swt untuk beliau. Beliau yakin Allah swt telah meletakkan hamparan paling bahagia buatnya, cuma dia perlu terus tenang, sabar dan terus sabar. Manisnya ada di situ.Yang paling saya kagum juga adalah kesetiannya pada sang suami. apa yang berlaku ternyata sebagai seorang wanita, sama sekali tidak dapat saya terima namun sang sahabat tetap setia kerana dia tahu siapa suaminya dan dia yakin Allah swt sentiasa bersama melindungi beliau sekeluarga .
Hadith sujud pada suami telah diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat Nabi SAW. Antaranya Abu Hurairah, Mu’az bin Jabal, Suraqah bin Malik, Aisyah, Ibn Abbas, Abdullah bin Abi Awfa, Ummu Salamah, Anas bin Malik dan beberapa orang lagi sahabat Nabi SAW yang lain. Adapun berkaitan matan hadith adalah seperti berikut:
Ù„َÙˆْ ÙƒُÙ†ْتُ آمِرًا Ø£َØَدًا Ø£َÙ†ْ ÙŠَسْجُدَ Ù„ِØ£َØَدٍ Ù„َØ£َÙ…َرْتُ المَرْØ£َØ©َ Ø£َÙ†ْ تَسْجُدَ Ù„ِزَÙˆْجِÙ‡َا
Maksudnya: “Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)][Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini melalui jalur Abu Hurairah RA adalah hasan gharib] Hadith ini juga disahihkan oleh Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak melalui jalur Mu’az bin Jabal [Lihat: al-Mustadrak, 190/4]
Satu lagi yang saya belajar daripada sang sahabat adalah bimbingan suaminya membuatkan beliau sedikit sebanyak kuat dan setia meskipun pada saat itu Allah menduga suaminya dengan berlaku zalim kepada beliau. Ya, saya kategorikan apa yang dilakukan oleh suami beliau di belakang beliau terlalu zalim. Sangat zalim. Meskipun pada ketika itu suami beliau seolah terpukau dan seumpama tidak menyedari apa yang dilakukan, namun ianya tetap menzalimi emosi seorang isteri yang sangat setia.
Bayangkanlah dalam keadaan sang sahabat diduga, skop kerja beliau yang begitu rapat dengan publisiti media massa dan bertemu dengan pelbagai spesis manusia dan diduga dengan godaan sang lelaki, sedikit pun tak pernah melunturkan kesetiaan dan kasih sayang beliau terhadap sang suami. Pada saya yang serba daif ni, sang sahabat ni GILA, gamaknya. Ada yang lebih hebat, kaya dan kacak yang datang bahkan tetap dia memilih sang suami. Ikutkan hati saya, tukar jelah, masuk dalam kotak, tutup, SEAL. Namun itu langsung tidak terjadi pada diri sang sahabat.
Di saat beliau diduga dengan isu rumahtangga dan juga perihal kerjaya, beliau pada ketika itu memilih saya untuk menjadi pembantu beliau yang menguruskan hal-hal mesyuarat dan berkaitan personal dan rasmi. Saya pada ketika itu, masih baru tiba di bumi Malaysia setelah tiga tahun mengikut suami bertugas, ON sahaja. Alhamdulillah di atas kepercayaan beliau. Niat saya pada ketika itu hanya satu, saya ingin berada di samping beliau kerana Allah.
Masih beliau bertanyakan pada saya, husband you izinkan? Ask for his consent ya.
Begitulah sang sahabat dengan dakwah kecil beliau yang tidak pernah lekang.
makna hadith ini adalah jika dibolehkan sujud kepada manusia nescaya Nabi SAW akan memerintahkan para isteri untuk sujud kepada suaminya. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 272/4] Di dalam Musnad Ahmad, daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda:
Ù„َا ÙŠَصْÙ„ُØُ Ù„ِبَØ´َرٍ Ø£َÙ†ْ ÙŠَسْجُدَ Ù„ِبَØ´َرٍ، ÙˆَÙ„َÙˆْ صَÙ„َØَ Ù„ِبَØ´َرٍ Ø£َÙ†ْ ÙŠَسْجُدَ Ù„ِبَØ´َرٍ، Ù„َØ£َÙ…َرْتُ الْÙ…َرْØ£َØ©َ Ø£َÙ†ْ تَسْجُدَ Ù„ِزَÙˆْجِÙ‡َا، Ù…ِÙ†ْ عِظَÙ…ِ ØَÙ‚ِّÙ‡ِ عَÙ„َÙŠْÙ‡َا
Maksudnya: “Tidak dibenarkan seorang manusia itu untuk sujud kepada manusia. Jika dibenarkan untuk manusia itu sujud kepada manusia nescaya aku akan meminta isteri untuk sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas isteri itu.” [Riwayat Ahmad (12614)] [Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sahih li ghairihi]
Soal saya kepada sahabat, apakah di dalam keadaan ini kau masih memohon izin daripada suami mu?
Jawab beliau, yes.
Fahamkan?
Bagaimana setia beliau. Bagaimana beliau menjaga dan menghormati suami yang ternyata telah melakukan kezaliman pada seorang isteri, si isteri tetap setia dan menurut kata. Apakah tidak layak syurga buat isteri yang setia ini?
Mesti ramai yang tertanya kezaliman apa yang diperlakukan oleh sang suami?
Ready nak tahu? Sanggupkah untuk didengar?
Sebagai seorang isteri, bahkan sebagai seorang wanita yang bergelar ister atau tunangan, APAKAH KENGERIAN YANG PALING ANDA TAKUTI?
Apakah enak apabila kesetiaan dan segala pengorbanan anda dibalas dengan racun yang paling berbisa dengan madu yang paling tinggi tahap kansernya?
Fahamkan?
Dan cara sang sahabat diperbodohkan oleh semua yang terlibat dan dibohongi amat amat amat zalim dan amat amat amat kejam. Saya sebagai wanita tidak dapat menerimanya sama sekali. Meskipun saya tahu bagaimana hancur hati beliau dan saya amat kagum dengan semangatnya. Di dalam kereta beliau akan melayan perasaan, namun setiba di lokasi untuk ditemuramah, wajahnya berjaya menyorokkan segala rasa gundah yang melanda hati beliau.
Bayangkan....kuatnya seorang wanita. Fahamkan?
Hati hancur, jiwa luka, emosi tercalar, namun tugas dan tangunggjawab yang dipikul di bahu tetap dipenuhi tanpa terjejas.
Ada ketikanya untuk muncul di kaca tv dan siaran media, saya menyarankan untuk beliau reschedule, tetapi sang sahabat cukup hebat, katanya, " its ok, just proceed"
Beliau enggan menyusahkan orang lain hanya kerana hal peribadi yang mencabar beliau pada ketika itu. Kuatkan wanita ini? Terlalu kuat dan amat kental untuk dipatahkan semangatnya. Ya, jiwanya tetap rapuh tetapi beliau tetap tegak mengharungi badai. Saya melihat setiap satu jatuh dan bangun beliau yang tenggelam dalam emosi yang begitu sukar diterjemahkan.
Walhal pagi tadi saya tahu kisahnya apabila hatinya disiat siat dengan kata yang tidak molek daripada sang suami. Sang sahabat menangis. Sang sahabat menagis semahu mahunya. Apabila sang anak datang untuk mendakap, disekanya air mata cepat-cepat. Kepada anak-anak enggan dia berkongsi cerita. Katanya biarlah kekal imej ayah hebat pada yang dibin dan dibintikan kepada anak -anaknya ini. Putera dan puteri yang tidak kenal apa apa. Biarlah yang baik sahaja yang kekal, kata beliau.
Bayangkan, kuat mana wanita ini bertahan? enggan imej sang ayah calar di mata anak-anaknya. Itulah kuatnya seorang wanita.
Peristiwa di awal pagi ternyata menjadikan beliau rapuh.Sang sahabat kecewa namun pada sebelah petangnya dia tampil di siaran media dan menjani portfolio beliau seperti tiada apa yang berlaku.
Fahamkan, bila hati lembut kita ini bagai disiat-siat, dan bagaimana rasanya? Namun tetap bertgas seperti tiada apa yang berlaku.
Di dalam kekuatan yang beliau miliki, ternyata terukir kesan calar yang cukup dalam. Dalam perjalanan menuju ke stesyen tv pada satu petang, beliau banyak berdiam. Sesekali beliau bertanyakan pada saya berkenaan content jika ada yang berubah. Sang sahabat memang lebih banyak berdiam dan menung panjang sejak saya mula membantu urusan beliau. Saya bersama menuruti beliau walau ke mana. Maka itu saya dapat perincikan ombak rasa beliau.
Baru-baru ini saya bersama sang sahabat ke salah satu temuramah. Dalam perjalanan di corong radio ada satu lagu yang pantas arahannya kepada pemandu untuk bertukar siaran. Sang pemandu agak terkesima kerana sang sahabat adalah seorang yang sangat open terhadap muzik. Kali ini pantas arahan daripada beliau. " Tukar, please" katanya. Sepantas kilat sang pemandu menurut arahan.
Sebal jiwa saya rasakan. Teramat sensitif lagu tersebut buat beliau. Saya ini bukan penggemar muzik. Namun gigih saya mencari makna dan lagu yang menerobos sensitiviti sang sahabat.
Oooo, ini lagunya. Wp sang karya mentafsirkan dalam konteks yang berbeda, namun sang sahabat punya persepsi yang berbeza dan amat relate dengan keadaannya pada ketika itu.
Cinta yang kau beriku penuh rasa
Lelah rindu juga bahagia
Lebur hatiku dengan kata-kata
Dunia hancur punah retak sejuta
Setelah aku kau pergi meninggalkan
Terkaku ku dalam kegelapan
Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun dia tahu
Cintaku utuh bila di sampingmu
Simpan segalanya
Teguh agar jiwa tiada rasa
Akulah rindu yang kau bawa pergi
Tenggelam bersama senja hari
Dan malamku penuh dengan emosi
Kupendamkan walau parah ku sembunyi
Setelah aku kau pergi meninggalkan
Terkaku ku dalam kegelapan
Biar rasa ini membunuhku
Biar rindu ini menghukumku
Apa jua namun dia tahu
Cintaku utuh bila di sampingmu
Simpan segalanya
Biar pudar semua agar jiwa ini tiada rasa
Telah kugagah bertahan namun rapuhnya
Namun ku rela jiwaku bersamamu
Simpan segalanya teguh agar tiada rasa
Setelah sekian lama peristiwa ini terjadi, ternyata emosi sang sahabat masih ada lukanya. Saya dapat merasakan dalam lukan yang masih menghuni jiwa beliau. Ternyata kerosakan itu cukup parah walaupun telah ditebus sang suami dengan kemaafan yang tidak pernah berpenghujung bersulamkan kasih sayang buat sang isteri yang tidak pernah berbelah bagi dan tidak bertepi.
Ternyata lepas apa yang telah berlaku sang suami terlalu menghargai sang uisteri lebih hebat daripada sebelumnya. Sebelum berlaku peristiwa luka ini, sang isteri dibelai bagaikan menatang minyak yang penuh dalam sekelip mata sang isteri diperlakukan bagai sampah dan kini sang isteri ditatang bagaikan bulan purnama. Namun apakah semua ini dapat membalut luka sang isteri secara total? Cuba anda bayangkan dan fikirkan sejenak.
Inshaa Allah, jika diberikan kesempatan dan izin mungkin saya dapat kongsikan apa sebenarnya yang telah berlaku. Bukan untuk membuka aib sesiapa tetapi menjadi pengajaran buat semua wanita bahawa jangan sekali kali mengikut hawa nafsu. Jangan sekali kali menurut rasa dan akhirnya membinasakan diri sendiri.
Apabila saya hayati lagu ini dan liriknya, betul, beginilah rapuh jiwa sang sahabat ketika itu. Pernah beberapa kali di kala malam saya ke kediamannya, selepas anak anak beliau tidur, beliau meluangkan masa bersama saya dan katanya pada saya, " bila anak anak dah masuk tidur, masa inilah yang amat sukar. Waktu inilah semuanya muncul dan buatkan saya cukup siksa. Waktu beginilah dia bersama saya dan berkongsi segala surah dan hadith untuk kami hayati. Now, he don't even think I am exist".
Semasa kejadian, setiap malam, saya akan pastikan untuk call atau at least wasap beliau sebelum saya tidur jika saya tidak menemui beliau. Saya wajib untuk pastikan sang sahabat ok. Bila tengah malam atau awal pagi saya akan pastikan beliau tidak online dan sedang istirehat secukupnya untuk tugasan hari berikutnya. Kerana kerapkali beliau tidak tidur di malam hari kerana melayan perasaan.
Isteri mana boleh jadi normal bila sang suami menggila dengan orang yang tidak sepatutnya. Fahamkan? Dalam keadaan beliau yang sebegitu, sang suami langsung tak ambil peduli. Sang isteri ditinggalkan begitu sahaja. Bila sang isteri bertanya, hanya ungkapan kasar yang dihambur sang suami. Padahal sang suami adalah seorang yang sangat baik, lemah lembut dan sopan. Segalanya bertukar. Melihat sang isteri hanya sebelah mata. Walhal, sang isteri telah berkorban segalanya untuk sang suami mencapai cita -cita yang diinginkan.
Cukup GUNDAH dan PARAH jiwa sang sahabat, namun beliau tetap setia dan tidak pernah berubah hati. Sang sahabat yakin Allah sedang menduga dan akan mengkurniakan sesuatu yang jauh lebih baik buat mereka sekeluarga,
Meskipun peristiwa ini telah berlalu hampir enam tahun namun tetap jelas di dalam kotak ingatan saya. Saya yang hanya menjadi peneman dan pembantu sang sahabat pada ketika itu, masih dapat mengingati setiap bait peristiwa yang terjadi.
Bolehkah anda bayangkan bagaimana sang sahabat handle emosi luka beliau pada ketika itu?
Terfikirkah kalian apa yang bermain di dalam fikirannya di kala ini?
Inshaa Allah, bersambung lagi nanti ya...
Wassalam